PRODUCT REVIEW: CLORTS WATER SHOES

Uncategorized

Admin
November 13, 2017

Share

PRODUCT REVIEW: CLORTS WATER SHOES

by: MK Rahman

Saya sedikit kesal kerana ada sedikit prasangka semasa diminta review kasut dari Negara Cina ni. Tapi saya gembira bila dikejutkan dengan prestasinya. Kasut ni direka untuk water sports, sebenarnya, seperti rafting, river trekking, waterfall abseiling, sailing dan sebagainya tapi untuk hike yang bercampur dengan menyebrangi sungai seperti 21 sungai ke Gunung Yong Yap, ia sesuai juga. Ia juga sesuai untuk camp shoes, pada pendapat saya.

Pertama kali saya cuba ialah semasa SAR di Hulu Selangor, kemudian masa baiki jambatan di Perdek dan akhir sekali pakai di jalan balak ke Kem Lolo. Pertama kali cuba tu, semasa SAR, tak berapa suka sebab grip tak ngam masa kat trek baru tapi yang dah hancur untuk turun ke sungai. Masa di sungai, memang best. Air keluar dengan senang dan grip atas batu pun cun. Masa trek balak ke Kem Lolo tu hujan masa pergi dan balik, setengah tempat macam sungai juga, setengah tempat dah berlumpur tapi kasut ni kira ok sangat dah.

Penampilan: Saya kena mengaku yang saya tak teruja sangat dengan penampilannya, tapi tak lah terok sangat. Ada gambar disertakan, boleh tengok sendiri. Bahagian atas ialah dari PU Fabric dan Outsolenya dari Rubber+EVA. Nak pakai senang jer dengan tali elastic tapi tali elastik dia keras dan ketat dari biasa yang saya lebih suka.

Berat: Ringan juga lah dengan ukuran berat 600 gram sebelah . Tak rasa tambah berat banyak sangat masa basah.

Perlindungan: Yang ni saya suka. Tak ada lubang2 besar macam sesetengah water shoes atau sandal. Masa saya pergi air terjun 4 steps dulu saya pakai water shoes yang lubang besar. Syurga untuk pacat. Ianya macam kasut biasa.
Keselesaan: Tinggi juga markahnya untuk kusyen bawah, tak rasa kalau jalan atas batu tajam. Belah atas ada rasa sikit seams tempat jahit kalau tak pakai stoking. Kalau pakai stokin, kawtim. Shape dia sesuai dengan kaki saya yang B shaped.

Treksyen (traction): Untuk sungai, jalan balak dan denai yang tak berapa mencanak, ok. Tempat mencanak dan dah tak bertangga, licin juga. OK lah untuk water shoes. Tapaknya juga scratch free, boleh pakai kat mana2 saja, atas boat deck atau raft atau clubhouse lepas main golf.

Pengaliran: Markah tinggi juga, tapi dia kan water shoes. Kalau tak free draining, kena panggil benda lain. Selain dari mesh kat tepi, ada lobang kat tapak, jadi air boleh keluar habis

Harga: RM189. Boleh dapatkan direct dari Clorts dengan PM Slloop Zhang atau dari kedai CORE di Pandan atau call diaorang 019 475 6170 atau PM Shafeeq Badek

Summary: Untuk harga dia, rasanya berbaloi. Water shoes yang saya dah review dulu harga dua kali ganda walaupun ada sedikit kelebihan traction dan inner sole yang melekat kat tapak kaki. Tapi yg ni kelebihan dia ialah all round protection. Boleh bawa kalau pergi trip yg campur banyak sungai seperti G Yong Yap atau Tahan, lepas bahagian sungai boleh guna sebagai camp shoes.

Disclaimer: kasut untuk review ini disediakan oleh Clorts

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *