Pembersihan air dari sumber mentah

Experience / Info / Product

Admin
September 21, 2018

Share

Pembersihan air dari sumber mentah

air merupakan sumber penting dalam hidup. ditambahkan lagi dengan aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, penggunaan air menjadi lebih banyak dan bertambah penting. didalam arena pergunungan Malaysia, sumber air boleh dikatakan dalam kategori “ada” kepada “mewah”. bukan sahaja kerana permukaan banjaran dan geografi yang bersifat tadahan air, ianya boleh didapati dari pelbagai sumber lain seperti air hujan, air takungan semula jadi (tasik, lopak, buluh, periuk kera), air embun di daun/lumut dan juga dari hasil kondensasi.

mengapa air perlu ‘dibersihkan’ dahulu sebelum diminum? yang terutama, adalah untuk membuang dan mengasingkan unsur-unsur cemaran yang mampu mendatangkan penyakit dan ketidakselesaan kepada penggunanya. bukan sahaja dalam bentuk penyakit, kandungan air yang tinggi mineral juga dikatakan mampu membuatkan penggunanya berasa tidak selesa (dan kalang kala, sehingga terasa sakit perut). adaptasi/kemampuan seseoarang untuk menerima jumlah mineral adalah berbeza antara individu. jadi seeloknya sebagai langkah selamat dan neutral, air dibersihkan terlebih dahulu sebelum ianya digunakan untuk minum.

Memasak air terlebih dahulu adalah cara terbaik untuk membersihkan air tersebut dari majoriti unsur berbahaya lain yang terdapat di dalam sumber mentah tersebut (tambahan, meminum air panas di puncak yang sejuk pasti menambahkan lagi tahap keselesaan dan kelegaan kepada penggunanya!). namun, mungkin disebabkan faktor keterbatasan peralatan, masa atau lokasi, pada entri kali ini saya akan berkongsikan teknik pembersihan air mentah SELEPAS PENGAMBILAN dan SELEPAS PENURASAN yang telah dilalui pengalaman diri sendiri (dan dijual di Core Outdoor Shop) menggunakan peralatan di bawah.

 

  1. Sawyer Mini ( RM 130/unit)

untuk pilihan no 1, ini adalah disiplin untuk air bersih paling mudah dan mampu beroperasi untuk jangka masa yang lebih panjang. dari fizikalnya, ianya adalah seberat lebih kurang 56 gram sahaja. dan ukuran kasar silinder keseluruhan saiznya adalah 3cm x 3cm x 13.5cm. ianya mudah digunakan dimana ianya boleh digunakan begitu sahaja untuk minum secara terus dari sumber air mentah, atau digabungkan dengan bladder/hydration pack atau boleh diskru secara terus dengan mana-mana botol 1.5liter pakai-buang yang ada dipasaran. di bawah adalah contoh bagaimana saya memasang Sawyer Mini saya kepada botol minuman Tinge. bukan gambar cedok dari internet.

dengan penapisan 0.1 mikron, ianya berupaya untuk menapis 99.99999% bakteria dan protozoa. adalah contoh-contoh bakteria dan protozoa yang saya tak ingat sangat bagaimana nak sebut. dan, ianya dijangkakan antara yang tahan lama kerana berkeupayaan untuk menapis sebanyak 100,000 gelen air (378,541 liter) air. Dengan sasaran penapisan jumlah air ni, rasanya secara teknikal, harga produk ini adalah ekonomik kerana kami yakin, produk ni akan rosak terlebih dahulu kerana penggunaan kasar (geseran, hempapan, hempasan, jatuh) sebelum sampai usia sistemnya habis digunakan. dengan anggaransatu hari kita menggunakan 3 liter air (minum dan memasak), kita boleh menggunakan penapis ini selama 126,180 hari! kalau diikutkan, boleh jadi wasiat turun temurun harta pusaka kalau sekadar guna untuk ekspidisi sahaja.

alat ini sesuai untuk persediaan semua lapisan pendaki tidak kira samada untuk kegunaan peribadi, ekspidisi atau pengurusan. ini kerana ianya sangat membantu bilamana tiba dikawasan yang kebersihan air menggusarkan. dengan berat dan saiznya, ianya boleh diselitkan sekali kedalam mana-mana bekas peribadi atau kit medikat ekspidisi. malahan, ianya juga memberi imej persediaan yang lebih mantap bagi penganjur-penganjur ekspidisi yang mencerminkan persediaan tanpa melazimkan sesuatu perkara (tidak semua orang boleh minum air mentah).

penapis ini juga boleh ‘dibersihkan’ semula dengan teknik ‘backwash’ dimana sekadar perlu mewujudkan aliran semua dari muncung keluarnya dengan menggunakan air bersih selepas selesai ekspidisi atau dimasa senggang ketika di dalam ekspidisi. kit pembersihan diberikan sekali didalam pek.

terdapat beberapa pilihan warna untuk badan produk ini iaitu Hitam (Limited edition seperti di dalam gambar utama), dan juga seperti gambar di bawah (Biru, Oren, Hijau dan Merah Jambu ). ha, yang ni, gambar dia saya ceduk dari internet. sebab nak beri gambaran kepada pembaca akan warna-warnanya. 

kalau mahu lebih lanjut berkenaan Sawyer Mini ni, anda boleh merujuk di website Sawyer Mini dengan klik SINI

2. Aquatabs 8.5mg (RM 26.50/kotak/5 papan)

Aquatabs adalah dalam bentuk tablet dimana ianya diletakkan di dalam bekas air mentah untuk meneutralkan/membunuh mana-mana mikro organisma yang mampu menggugat kesihatan dan keselesaan penggunanya. ianya perlu diberi masa lebih kurang 30 minit supaya ianya berkesan. mungkin sedikit lama dikawasan sejuk kerana suhu memainkan peranan dalam masa pil melarut kedalam air yang sudah dituras.

untuk di Malaysia, kami sekadar pasarkan yang 8.5mg sahaja. (terdapat pilihan 3.5mg, 17mg, 33mg, 67mg, 167mg, 2.5gm dan 8.68gm). ini kerana sasaran penggunaan adalah dalam merawat/pembersihan air mentah yang berada dikawasan neutral, dan bukannya di kawasan tercemar(sungai tahap teh tarik). untuk jenis 8.5mg, ianya adalah untuk membersihkan airsebanyak 1 liter. namun, ubahsuai boleh dilakukan oleh rakan pendaki/rekreasi bergantung kepada pemerhatian terhadap kebersihan semasa air yang diambil. jika dipertimbangkan bahawa air yang diambil perlu dirawat lebih, maka 1 pil adalah untuk 750 liter. dan jika dipertimbangkan bahawa sumber air itu sememangnya bersih (seperti mata air yang asli), boleh juga 1 pil digunakan untuk 1.5 liter.

berat keseluruhannya sangat sukar untuk ditimbang, kerana ianya dalam bentuk tablet macam Panadol dan terlalu ringan. melalui penimbangan yang dilakukan, 5 papan yang mengandungi 10 tablet/papan ini adalah seberat 7 gram. dan kalau ditimbang sekali dengan kotaknya, adalah seberat 12 gram. dan ukuran untuk setiap papan adalah lebih kurang 4.2cm x 10.1cm. saya cuba menimbang berat 1 papan, tetapi penimbang tidak mampu merekodkan beratnya. maka kalau kita ambil secara purata sahaja, 1 papan adalah mempunyai berat lebih kurang 1.4 gram. dan satu biji pil tu adalah kurang daripada 0.14 gram. nah, ultralight!

 

mengikutkan pemerhatian terhadap pembelian, majoriti pelanggan lebih berminat untuk memilih pilihan kedua ini kerana ianya jauh lebih ringan dan memakan ruang yang lebih sedikit. pada masa yang sama, ini juga bermaksud persediaan sebegini akan mengurangkan kebarangkalian produk ini untuk hilang tanpa dikesan (diambil, dipinjam). dan ianya juga lebih murah berbanding dengna pilihan pertama itu tadi.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Aquatabs, anda bolek KLIK SINI

3. P&G Purifier (RM 2/paket)

sejarah P&G Purifier ini agak menarik. pada asalnya, pengkaji/saintis P&G sedang mencari cara untuk emngasingkan debu daripada sisa air basuhan baju. namun, penemuan yang lebih menakjubkan berlaku apabila apa yang dikaji boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih meluas. kemudian, dengan kerjasama U.S Centers for Disease Control and Prevention (CDC) produk ini dihasilkan.

cara penggunaan produk P&G juga tidak berapa sukar. serbuk dalam paket dicampurkan dengan 10 liter air dan digaul selama 5 minit. jika air masih tidak kelihatan bersih, ianya digaulkan lagi 5 minit sehingga berlaku enapan di bahagian bawah bekas. kemudian, air ini sekali lagi dituras dengan kain (yang tidak berlubang) untuk menapis enapan tersebut. air yang sudah ditapis perlu dibiarkan selama 20 minit sebelum ianya digunakan/diminum. dan antara yang penting, hasil enapan yang telah ditapis/dituras tadi haruslah dibuang/dijauhkan daripada kanak-kanak.

P&G Purifier ini adalah untuk penggunaan dalam skala yang lebih besar, kerana sepaket ini digunakan untuk membantu rawatan air sebanyak 10 liter. sepaket produk ini mempunyai berat lebih kurang 5 gram dan berukuran 0.4cm x 5 cm x 8 cm. ianya sesuai disediakan bukan sahaja untuk aktiviti rekreasi, namun untuk bersedia menghadap musim banjir.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh KLIK SINI

sekian sahaja perkongsian saya buat masa ini. perkongsian di atas adalah melalui pengalaman dan penggunaan peribadi saya sahaja. ianya tidak mencerminkan pendirian Core Republic secara total dan bukan juga sebuah penulisan/perkongsian ahli profesional. jika anda berminat dengan produk-produk tersebut, boleh hubungi Core Outdoor Shop di +60194756170 atau klik link whatsapp berikut www.wasap.my/60194756170

OUT

 

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *