Membuang di dalam hutan ?

Info / Tips

Admin
October 27, 2017

Share

Membuang di dalam hutan ?

by Azrah Aziz

Fungsi tetap aku bila hiking dgn geng jejemah adalah –> bawa “kit membuang”. So aku share je lah ye sbb soalan “mcmana ko buang air dlm hutan?” ni dah jd common question lak. Org lain maybe ada cara lain so ikut masing2 lah mana selesa.

Bahan-bahan:

  1. Botol – moleknye isi air sesiap
  2. Penyodok – utk gali lubang
  3. Plastik – buang sampah
  4. Tisu
  5. Wet tissue – ni kalau bwk masuk hutan, make sure bwk keluar balik. Wajib!

Kaedah utk hajat #2. (Hajat #1 senang nak settle kan?)

  1. Bila perut dah start memulas ko kene lah buat annoucement kat kekwn yg dekat2 tu.
  2. Lepas tu ko wajib paksa diorg teman, nak nak kalau timing nak berhajat tu dah gelap. Lg ramai lg bagus sbb nnt sambil ko buat projek ko bole dgr diorg bersembang. Takdelah boring (seram) sgt.
  3. Cari port yg kene dgn mood kau 😅😅. Yg penting jgn buat onar di tgh trek, kwsn campsite. Dah jumpa, kau gali lah. Baca bismillah dan mohon tuhan “jaga” kau. Takyah lah mintak kebenaran bagai. Kalau tetiba ada bende jwb “tak boleh” kan ke parah. 😁😁
  4. Lepaskan hajat –> basuh elok2.
  5. Kambus port cantik2. Lepas tu letak tanda supaya org tak pijak or gali balik port ko tu. Tanda ikut creativity lah. Guna kayu, daun, batu etc. Kalo ada masa lebih ko bole buat ukiran ke apa kat situ 😁😁
  6. Tisu2 ko guna tu buang dlm plastik. Nnt bwk keluar.
  7. Senyum sbb perut dah lega 😉😉😊😊 Settle.

Senang je sbb kat mana2 pon bole. Aku bila sampai campsite je mata dah melilau cari port sbb kekdg timing aku ni kol 1 pg takpon kol 4pg. parah oi! hehe

DISCLAIMER: this article are based on personal experience/viewpoint of writer. it did not reflect CORE as a whole.

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *