LAPORAN: Peninjauan ke Kem Tudung Periuk (Gunung Yong Belar)

Experience

Admin
November 16, 2018

Share

LAPORAN: Peninjauan ke Kem Tudung Periuk (Gunung Yong Belar)

Sebuah ekspidisi telah dijalankan pada 13-15 November 2018 yang terdiri daripada 10 orang rakan pendaki gunung.

Ini adalah selepas mendapat derma yang berbaki RM 881.00 daripada:

  • Rakan Pendaki Malaysia (Melayu, Cina dan India)
  • Rakan Pendaki Indonesia
  • Kenalan Peribadi (Bukan pendaki gunung)

Wang yang telah digunakan adalah untuk:

  • kos kenderaan Kuala Lumpur – Masjid Lojing – Kuala Lumpur
  • pembayaran permit memasuki hutan
  • pembelian ‘ration’
  • perbelanjaan makan dan minum sebelum dan selepas mendaki
  • pembelian peralatan dan perkakas untuk kerja dan eksperimen

GAMBAR 1: bergambar di Pintu Rimba sebelum sesi taklimat akhir dari Ketua Ekspidisi dalam pemecahan dan penerangan tugas. 

Misi ekspidisi “Recce Team AdAM Yong Belar” adalah:

  • Kumpulan 1: penandaan setiap 50 meter rentis, bermula dari Pintu Rimba sehingga Kem Tudung Periuk
  • Kumpulan 2: pengambilan data dari penandaan Kumpulan 1
  • Kumpulan 3: pengambilan data Kawasan Bermasalah
  • Kumpulan 4: Bahagian Sokongan (porter)
  • Kumpulan Khas 1: untuk menjalankan eksperimen “Sistem Perparitan Bawah Tanah”
  • Kumpulan Khas 2: membuat pemetaan 3D Kem Tudung Periuk

KUMPULAN 1: Geng Ekor Panjang

GAMBAR 2: contoh penandaan yang ditinggalkan oleh Kumpulan 1 dan ditanda oleh Kumpulan 2. POHON KERJASAMA RAKAN PENDAKI LAIN AGAR TIDAK MENCABUT PENANDA INI

Kumpulan 1 terdiri daripada Eddy Jones (Core Republic), Aizat (Waghih Collection) dan Arif (Delta Outdoor Malaysia). tiada gambar yang sempat diambil untuk menunjukkan bukti pekerjaan oleh Kumpulan 1 kerana saya kekal berada di belakang untuk meninjau pergerakan Kumpulan 2 dan Kumpulan 3. tambahan pula, mereka sangat laju ke hadapan.

Gambar 2 di atas adalah merupakan contoh hasil kerja yang dilakukan oleh ahli Kumpulan 1 pada hari pertama (yang telahpun ditanda oleh Kumpulan 2). mereka membuat penandaan untuk setiap jarak 50 meter bermula dari Pintu Rimba (S 0 0) sehingga ke Kem Tudung Periuk (S 5 0). pada masa sama, setiap tali penanda sedia ada yang lain telah dibuka semula agar tidak mengganggu pengambilan data dan penggunaan tali penanda baru untuk kegunaan ekspidisi konservesi yang akan datang. Diharap mereka yang terdahulu memasang penanda keselamatan (dan ianya kami buka) tidak berkecil hati dengan tindakan kami mencabut tag anda.

pada masa sama, ini juga membuktikan bahawa secara fizikalnya, bahawa jarak dari Pintu Rimba sehingga ke Kem Tudung Periuk adalah 50 penanda X 50 meter = 2.5 kilometer. Diminta jasa baik rakan-rakan pendaki agar tidak mencabut penanda-penanda tersebut.

KUMPULAN 2: Geng Cucuk Belakang

GAMBAR 3: antara aktiviti yang dijalankan oleh Kumpulan 2. didalam gambar adalah teknik pengukuran lebar rentis di penandaan yang ditinggalkan oleh Kumpulan 1

Kumpulan 2 terdiri daripada Bob Tantari (Mountain Madness Adventure) dan Jai (Draco Nature Camp). mereka akan pergi ke setiap penanda yang ditinggalkan oleh Kumpulan 1.  di setiap penanda itu, mereka akan:

  • menandakan/menamakan penanda dengan kod yang bermula dari ( S 0 0 ) di Pintu Rimba, sehingga ke Kem Tudung Periuk ( S 5 0 )
  • mengambil Grid Reference (GR)
  • mengukur jarak lebar rentis
  • mengukur jarak antara pokok di rentis
  • membuat anggaran peratusan kanopi hutan
  • membuat pemerhatian jenis lantai rentis (berlumpur / berbatu / berair / berakar)

KUMPULAN 3: Geng Steamroll 

GAMBAR 4: penanda yang dibuat oleh Kumpulan 3. MOHON KERJASAMA RAKAN PENDAKI AGAR TIDAK MENCABUT TAG INI

Kumpulan ketiga terdiri daripada Pyan (Konco Adventure) dan Dakmal (Southern Eagle Adventure). tugas mereka adalah yang paling leceh dan boleh dikatakan paling berat untuk objektif kumpulan “Recce AdAM Yong Belar” ini. . misi mereka adalah untuk mengambil data kawasan yang dirasakan bermasalah .

Klasifikasi kawasan bermasalah adalah seperti berlecak teruk, memerlukan bantuan tangga, memerlukan bantuan tali, kawasan tebing, kawasan lereng dan kawasan bertakungan air. jumlah keseluruhan kawasan dianggarkan sebagai bermasalah adalah 78 kawasan berpotensi.

disebabkan kawasan yang banyak dan memakan masa yang banyak, mereka terpaksa berhenti di puncak tipu ke-2, dan menyambung usaha secara berpatah balik dari Kem Tudung Periuk pada hari ke-3 menghala ke Puncak Tipu ke 2 tersebut. Usaha mereka dibezakan dengan penggunaan pita Hitam-Kuning.

Pada hari pertama, membuat penandaan dan penamaan yang bermula dari Pintu Rimba dengan kod P 001 sehingga P 034. pada hari kedua, membuat penandaan dan membuat penamaan yang bermula dari Kem Tudung Periuk sehingga tempat mereka berhenti semalam. kod mereka pada hari ke dua adalah dari Q 001 sehingga Q 044

tugas mereka adalah seperti berikut:

  • menandakan kawasan berpotensi dengan pita hitam kuning
  • memberikan kod kawasan
  • merekodkan kod
  • mengambil Grid Reference (GR) kawasan
  • mengira jarak lebar rentis di titik penandaan
  • mengira jarak lebar kawasan
  • mengira jawak panjang kawasan
  • menganggarkan peratusan kanopi kawasan
  • menganggarkan jenis lantai kawasan bermasalah (berakar, berair, berlumpur, bertanah atau berbatu)
  • membuat sedikit komen terhadap kawasan
  • mengambil gambar kawasan

KUMPULAN 4: Geng Loncat

Kumpulan 4 terdiri daripada Topeng (Core Republic), Mat Dee (Climber Resources Asia Sdn Bhd) dan Badek (Core Republic). tugas utama kami bertiga adalah untuk menjadi porter kumpulan dengan membawa peralatan berat dan keperluan perkhemahan. tugas kedua untuk Topeng dan Mat Dee adalah untuk terus pecut ke tapak perkhemahan Kem Tudung Periuk. manakala tugas kedua Badek adalah untuk memantau pergerakan dan teknik kerja setiap kumpulan. tiada gambar untuk pergerakan kumpulan ini kerana masing-masing telahpun berpecah dengan jurugambar.

KUMPULAN KHAS 1 : Eksperimen Parit Bawah Tanah (SDS)

melalui perbincangan sebelum ini bersama kumpulan Trail Care dari HACAM tidak lama dahulu, ada sebuah cadangan telah diberikan iaitu untuk membuat sistem perparitan bawah tanah, atau  dipanggil “Subsoil Drainage System” (SDS). dengan menggunakan hemat teori yang telah dikongsikan, ianya diaplikasikan pada harga murah dan peralatan mudah bawa sebagai ujikaji.

GAMBAR 5: menyediakan paip PVC. di salah satu hujung yang bakal tertanam, ianya telah dilubang-lubangkan terlebih dahulu dengan menggunakan mesin gerudi. kemudian, ianya dibalut dengan jaring untuk mengurangkan potensi tanah/pasir memasuki lubang-lubang ke dalam paip yang mampu menyebabkan mendakan tanah.  saiz paip adalah sedikit besar dimana ideanya adalah untuk memudahkan penyelenggaraan (mengorek untuk membersihkan) apabila berlaku banyak mendapan yang mungkin terdiri daripada keledak didalam paip. 

SDS tidaklah digunakan terus sepertimana teknik yang digunakan di dalam industri. waima proses itu sudahpun digunapakai oleh golongan ahli binaan profesional jauh lebih lama, kami berkeputusan untuk membuat ujikaji terdahulu terhadap teori sistem tersebut. ini adalah kerana melalui pengalaman terkumpul ahli-ahli “Recce Team AdAM Yong Belar”:

  • tiada ahli kami yang pakar (bersijil) didalam konservesi dan seumpama
  • tiada rujukan bukti ianya pernah digunakan untuk tapak perkhemahan
  • tiada rujukan bukti ianya pernah digunakan untuk jenis tanah/lapisan sepertimana tapak perkhemahan
  • tiada rujukan harga sebenar bahan yang digunakan didalam undustri
  • tiada rujukan pengalaman membawa peralatan secara manual (2.5km) kedalam hutan
  • memilih untuk mencuba teori ini terdahulu, dengan menggunakan bahan-bahan murah di pasaran yang mudah didapati. bila sudah pasti ianya BOLEH DIGUNAKAN, baru akan mencari bahan yang lebih sesuai.

GAMBAR 6 : jalan menuruni lembah ke kawasan menuai pasir + batu daripada sungai

selepas beberapa jam dihabiskan untuk mencari jalur tali yang paling sesuai dan membuat sistem takal menggunakan bahan yang terhad, untuk membuat SDS ini, kumpulan di tapak perkhemahan (8 orang) terpaksa dibahagikan kepada dua

  • Kumpulan 1: Geng Menuai Pasir
    • mengumpulkan pasir dan batu halus dari sungai
    • anggaran satu guni dalam 3-5 kg pasir
    • memasukkan pasir dan batu halus kedalam guni
    • meletakkan guni ke dalam beg didalam sistem tali

GAMBAR 7: proses menarik tali berukuran 2-3mm menggunakan tali teras berukuran 2-3mm. kedua-duanya merupakan tali kambing 

  • Kumpulan 2: Geng Menarik
    • menarik beg berisi guni berpasir yang telah diletakkan kedalam bekas sistem tali oleh Kumpulan 1.
    • 30-50 darjah menaik, 25-35 meter panjang
    • menggunakan sistem puli asas
    • menyatukan isi beg guni pasir yang telah ditarik (3 guni pasir kedalam 1 guni)
    • menyusun di tapak eksperimen yang berkedalaman lumpur (peat soil) 2-4 inci.

GAMBAR 8: tapak eksperimen telah dialas dengan selapis guni berisi pasir sungai dengan purata ketebalan 2.5 inci. dan sedikit bahagian ditaburkan pasir di atas guni untuk menguji hasil penyerapan air. luas kawasan eksperimen didalam lingkungan 2m x 3m

aggaran purata sistem penarikan tanah dengan formula 3 orang di Kumpulan 1 dan 3 orang di Kumpulan 2, berjaya menaikkan 20 guni pasir (kecil) dalam masa 1 jam selepas menjadi mahir dengan sistem. ini bersamaan dengan 6 guni lebih sedikit (seperti dalam gambar). setelah 3 jam mengisi guni di dalam pasir, pantauan dibuat terhadap kawasan tersebut. pada mulanya, 4 guni terawal didapati mengandungi lebihan tanah (kesilapan kami kerana tidak menyedari ianya adalah tanah, kerana kekurangan pengalaman). dari masa ke masa, kami memijak-mijak guni tersebut kerana kelihatan seolah boleh memerah apabila kelihatan air seperti terkeluar-keluar dari guni.

GAMBAR 9: air dari kandungan tanah sudah mula mengalir dari paip-paip SDS yang diletakkan menyerong dari graviti menggunakan timbang air

setelah 3 jam dipasang, kami sangat terkejut apabila melihat bahawa air sudahpun mula menitis perlahan tanpa henti dari paip SDS tersebut. dan apabila dipijak, boleh dirasakan permukaan sudahpun menjadi sedikit keras daripada ketika awal-awal ianya diletakkan. kebetulan, diuji pada malam kedua dengan hujan yang lebat. namun, di pagi hari ke tiga, didapati tapak tersebut tetap kekal semakin keras. disebabkan khuatir bahawa bakal berlaku hakisan berlebihan, sedikit teknik water gate/bar telah dibuat untuk mengurangkan potensi hakisan setempat dari muncung-muncung SDS ini.

KUMPULAN KHAS 2: Pemetaan tapak Kem Tudung Periuk

dengan menggunakan GPS, pemetaan lokasi Kem Tudung Periuk telah dibuat dimana ianya akan kemudian diusahakan dalam 3 fasa mengikut tapak masing-masing. ukuran mengikut grid yang kemudiannya akan menghasilkan peta 3D tapak Kem Tudung Periuk telah gagal kerana kekurangan tenaga kerja. tenaga kerja asal untuk pengukuran dan pengambilan data peta telah diserapkan kepada usaha penuaian tanah.

GAMBAR 10: antara fauna yang berani mendekatkan diri dengan tapak perkhemahan kami. 

PENGGULUNGAN

mewakili kumpulan “Recce Team AdAM Yong Belar”, saya ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada:

  • semua penderma-penderma yang mempercayai saya dan kumpulan saya untuk menjalankan tugas kami
  • Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (Lojing) kerana mengizinkan kami memasuki kawasan mereka
  • rakan-rakan dari AdAM Project dan Trail Care yang banyak menyumbang idea
  • AJK Masjid Lojing yang menyambut kehadiran dan pemergian kami , serta pemberian ruang mendarat kenderaan secara percuma (siap buatkan Kopi O lagi)
  • geng powil Cameron Highlands (Abang Fauzi kerana menguruskan makanan tapau dan Abang Eddie kerana menaja penghantaran dan pengambilan)
  • Tuan punya kebun di Pintu Rimba kerana mengizinkan laluan kumpulan kami masuk dan keluar
  • pekerja kebun yang senyum dan melambai seolah tahu perjuangan sejuk di dalam
  • burung-burung dan ayam-ayam di Kem Tudung Periuk yang mesra menyambut kehadiran dan menceriakan keadaan tatkala ahli-ahli kumpulan kepenatan
  • alam kerana memberikan cuaca yang baik-baik
  • agas yang membangunkan kami di waktu malam, lantas mengeratkan lagi hubungan pasukan
  • kepada ahli kumpulan “Recce Team AdAM Yong Belar” yang menyahut panggilan saya dan berkorban masa dan tenaga. walaupun tidak mengenali dan memahami apa yang ingin saya lakukan. hanya atas dasar tiket “konservesi”.
  • pasangan isteri dan waris-waris ahli “Recce Team AdAM Yong Belar” yang meredhai pergerakan kami yang melepaskan tanggung-jawab kami kepada mereka untuk sementara
  • terima kasih kepada Tuhan. kerana memberi laluan dan kemudahan masa, cuaca , tenaga dan suasana.

saya ingin MEMOHON MAAF:

  • kerana menggunakan guna dari plastik. bakal diubah semula kemudian
  • sekiranya tindakan kami melanggar mana-mana undang-undang setempat atau Malaysia
  • sekiranya tindakan kami yang tidak menepati ilmu sebenar konservasi
  • usaha kami menjadi sia-sia.

In Sha Allah, jika ada rezeki, semua data yang telah dikutip akan dikemas rapi didalam kertas kerja untuk program Konservesi Gunung Yong Belar pada Disember nanti.

Gambar 11: bergambar kenangan bersama sebelum bergerak pulang. dari kiri adalah Topeng (Core Transport), Jai (Draco Nature Camp), Aizat (Waghih Collection), Pyan (Konco Adventure), Eddy Jones (Core Adventure), Dakmal (Southern Eagle Adventure), Badek (Core Outdoor Shop), Arif (Delta Outdoor Malaysia), Mat Dee (Climber Resources Asia Sdn Bhd) dan Bob Tantari (Mountain Madness Adventure).

Dari Pendaki, Untuk Pendaki
Mohamad Shafeeq Bin Rahim (a.k.a Badek)
Ketua Projek – “Recce Team AdAM Yong Belar”
+60127767426
www.wasap.my/60127767426

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

2 thoughts on “LAPORAN: Peninjauan ke Kem Tudung Periuk (Gunung Yong Belar)”

  1. JeNol

    Author

    November 17, 2018

    Tahniah.cuba lagi

    Reply

    • Admin

      Author

      November 19, 2018

      terima kasih tuan

      Reply

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *