Admin
October 19, 2018

Share

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi (Asas)

Info

  • Gunung
    Bukit besar yang menonjol keluar dari lapisan plate bumi dan tinggi melebihi
    1500 kaki (457.2 m). Gunung terbahagi kepada dua, gunung berapi dan gunung batubatan biasa. Gunung berapi berasal dari lapisan bumi yang lebih dalam (bahagian bumi
    yang panas dan cair) dan boleh mengeluarkan lahar. Manakala gunung batu-batan
    terbentuk akibat lipatan dan pertembungan plate-plate bumi dan menolak batu-batan ke
    atas dan membentuk gunung. Terdapat banyak gunung berapi yang tidak kelihatan dan
    berada jauh didasar laut. Gunung adalah kukuh kerana bercantum terus dengan plate
    bumi.

 

  • Bukit
    Kawasan tanah tinggi yang terletak diatas plate bumi. Lapisan yang batu-batannya
    tidak bercantum dengan plate bumi. Ianya tidak kukuh dan boleh runtuh atau bergerak
    akibat pergerakan bumi.

 

  • Busut
    Tanah yang melonggok seperti bukit tetapi lebih rendah. Ia dibina (bukan
    kejadian alam) oleh haiwan, manusia.

 

  • Tanah Tinggi
    Sebuah kawasan datar yang luas terletak ditempat tinggi yang boleh dijadikan
    penempatan manusia. Contohnya Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Lojing. Yang
    tanah tinggi tu boleh disebabkan macam macam kejadian termasuk lipatan plate bumi
    atau hakisan. So tempat tinggi kalau ada tanah datar sikit yang orang boleh buat rumah di
    panggil tanah tinggi. Kalau setakat 2-3 orang buat tent je bukan le tanah tinggi tu masih
    kira lereng lagi.

 

  • Batu
    Bahan galian pepejal yang bukan logam. Bongkah batu yang besar dan berada
    diatas satu kawasan tinggi. Contohnya batu besar yang terletak diatas bukit adalah Batu
    Lawi dengan ketinggian 5000 kaki. Mungkin ianya adalah serpihan batu gunung yang
    pecah dan berada diatas bukit yang tinggi.

    Batu itu boleh dibahagikan kepada 3 kejadian / jenis:
    1. Dari magma / perut bumi kemudian mengeras atau muntahan gunung berapi
    2. Disebabkan tindakbalas organik / material / kimia yang mangambil masa tertentu
    menjadikan ia bertukar menjadi batu.
    3. Perubahan tekanan yang melampau dan suhu telah menukarkan sifat batu ini ke
    satu sifat yang lain. Contohnya berlian.
    Batu pun macam air; air sungai / air tasik & air laut yang sentiasa berputar dalam
    pusingan tertentu. Dari batu menjadi tanah / pasir dibawa sungai atau ombak pantai.
    Mengeras dengan tekanan dan dimuntah semula oleh gunung berapi atau pergerakkan
    bumi yang membuat batu ini timbul semula ke permukaan.

  • Banjaran
    Kawasan pergunungan yang mempunyai beberapa puncak gunung di atas satu
    permatang yang sama. Banjaran adalah dirian sejajar. Kedudukan gunung sejajar
    berterusan. Lebih kurang bersusun-susun lurus. Contohnya kedudukan Banjaran
    Titiwangsa yang sejajar di tengah-tengah Semenanjung Malaysia
    Banjaran gunung adalah kawasan yang dikelilingi kawasan tanah rendah dan
    dipisahkan oleh sungai atau tebing tinggi. Pelanggaran tektonik menyebabkan terjadinya
    banjaran ini. Tetapi tidak semestinya gunung pada banjaran yang sama mempunyai sifat
    geologi yang sama kerana kejadian gunung itu pun dipercayai disebabkan pelanggaran
    tektonik dan gelinciran plate bumi. Sebagai contoh Banjaran Himalaya terjadi selepas
    pelanggaran plate India dengan plate Asian.
    Banjaran Gunung adalah jajaran beberapa buah gunung secara selari dan
    memanjang. Kawasan rendah dibahagian tepinya melihatkan ianya terpisah. Biasanya
    kawasan rendah ini jauh rendah dari sekarang. Hakisan menyebabkan banjaran runtuh
    dan membentuk kawasan tanah pamah yang luas.
    Kat laut pun ada banjaran. Cuma tak ramai yang tahu sebab tak nampak.
    Palong tu pun kira banjaran cetek. Selat Melaka tu banjaran laut juga. Di Laut Cina
    Selatan ada 16 lagi banjaran bawah Laut. Yang paling hampir dengan pantai tu yang jadi
    Pulau Tioman. Pulau Kapas tu dari Banjaran Duyung. Ada satu banjaran lagi kat Laut
    Sulu antara Sabah dengan Philippines dan terdapat satu jurang kat situ Jurang Maria
    dengan kedalaman lebih 13,000 meter. Kalau Everest tu dipotong paras laut dan
    dimasukkan ke dalam tu pun Everest akan tenggelam.
    Ada pendapat banjaran ini terbahagi kepada tiga, banjaran rendah, banjaran
    serderhana tinggi dan banjaran tinggi yang boleh dibeza dengan sistem kehidupan serta
    ketinggian. Banjaran pertama penuh dengan flora dan fauna dan manusia boleh tinggal.
    Banjaran kedua ni tahap pokok / lumut je dan masih ada kehidupan. Tapi banjaran ketiga
    tahap tudra (tiada hidupan).

    So kalau masuk banjaran dalam laut tu dah jadi empat jenis banjaran dalam bumi
    kita ni khas untuk haiwan air. Banjaran kat laut tu orang melayu pangil Beting. Puncakpuncak kat Banjaran tu jadi pulau pulau kecil (selalunya tiada penghuni) yang sebenarnya
    puncak-puncak gunung dalam laut. Ada sebahagiannya adalah gunung berapi bawah laut.
    Selat Sunda diantara Pulau Sumatra dengan Pulau Jawa merupakan tempat dimana paling
    banyak gunung berapi bawah laut. Dibawahnya adalah Lingkaran Api Pasifik.

 

  • Permatang
    Adalaka dikenali sebagai rabung. Macam rabung rumah. Puncak bagi tebing yang
    menyambungkan gunung-gunung. Biasanya kita akan menyusuri permatang apabila
    mendaki.

 

  • Genting
    Jalan di celah bukit. Apabila permatang putus maka terjadilah Genting. Genting
    adalah Banjaran yang terputus disebabkan kejadian alam atau di buat oleh manusia.
    Contohnya rekahan bumi, laluan air. Contoh Genting Sempah disebabkan pembinaan
    jalan. Atas jalan tu ada Gunung Sempah. Genting Malik kat sebelah Genting Highland.
    Tapi Genting Highland bukan la tu nama je. Genting kat situ nama dia Genting Malik. Tu
    laluan asal zaman Mat Kilau dari Batang Kali nak ke Bentong Pahang (mungkin jugak
    Temerloh). Genting tu disebabkan air dan banjaran tu terputus. Sungai tu la Sungai Kali
    dari Gunung Hulu Kali. Sungai tu dari belah Pahang.

 

  • Pelana Bukit
    Batu teras pada bukit. Kalau kita tengok bukit tu kengkadang dah digondolkan
    oleh pemaju perumahan. Ada batu batu kat tengah tu. Tanah bukit tu asalnya adalah batu.
    Disebabkan proses luluhawa ianya menjadi tanah. Batu yang kat tengah tu adalah batu
    yang belum habis di proses luluhawa.

 

  • Susuh Bukit
    Rabung bukit yang menganjur. Susuh ni disebabkan kejadian bukit-bukau adalah
    lipatan lapisan kerak bumi. Jadi bukit ni jika kita lihat dari udara jadi beralun-alun. Tak
    ada bukit tu bukit seketol je. Mesti ada susuh-susuh kat sebelah dia berderet deret. Itu
    bezanya bukit dengan Gunung. Gunung wujud sendiri. Berdiri gagah menjulang ke
    angkasa. Ada juga dilihat macam seketul batu je dari kakinya terus ke puncak. Cuma kita
    nak panjat tu kena naik bukit bukit lain sebab nak cari laluan mudah. Ataupun yang jadi
    bukit tu sebenarnya pecahan gunung tu akibat tanah runtuh.
  • Tebing
    Lereng gunung atau bukit. Jurang yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dll) yang
    dalam. Biasanya tebing lebih tegak dari lereng tapi lereng ni masih boleh lalu.

 

  • Tubir

Tebing (jurang dll) yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai dll) yang dalam. Kalau tubir pantai bermaksud garisan pemisah antara daratan dan laut. Bila kita pergi laut, mula-mula jumpa pasir pantai lepas tu gigi air lepas tu slope yang dalam dari gigi air tu dipanggil tubir. Dimana laut dikira bermula. Tubir laut pula dikira sebagai bahagian laut yang paling dalam. Tubir Vitiaz di Jurang Mariana tu dalamnya 11,034 m dan tubir di sebelahnya Tubir Trisete 1,0918 m. Kebanyakan tubir-tubir ni berada di Laut Sulu bersempadan antara Philippines dengan Sabah. Tubir Gunung pulak, puncak tertinggi di gunung tersebut. Kalau cakap puncak je, semua bahagian atas gunung di panggil puncak. Kalau gunung tu ada satu puncak je tak pe lah kira puncak gunung le. Tapi kalau gunung tu ada banyak puncak? Dalam istilah sains tak ada Puncak Tiruan, Puncak Tipu, Puncak Pembayang. Kalau Gunung Kinabalu tu ada banyak lagi puncak. South Peak, Donkey Ears, St John’s dan Low

credit: Qayyum Ghazali

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *