Kempen #pickitup pelihara alam

Experience

Admin
March 7, 2018

Share

Kempen #pickitup pelihara alam

dipetik dari Berita Harian Online

Kempen #pickitup pelihara alam

Pengurus syarikat, Shafeeq Rahim, 31, berkata kempen #pickitup yang dijalankannya turut menarik minat golongan muda dan rakan sebaya menggerakkan kesedaran sama.
 
Katanya, idea terbabit tercetus tiga tahun lalu selepas melihat keprihatinan seorang individu berusia dalam lingkungan 50-an mendaki gunung sambil mengutip sampah.
 
“Bermula dari situ, saya mulakan kempen #pickitup untuk menggalakkan peminat aktiviti mendaki gunung untuk beriadah sambil menjaga alam sekitar.
 
“Aktiviti kesukarelawan ini dengan sendirinya menjadikan ekspedisi mendaki mempunyai matlamat murni tanpa mengira latar belakang pendaki.
 
“Kempen itu membuatkan pusat riadah di sekitar kawasan lebih bersih dan terjaga, sekali gus menjadikan alam sekitar lebih terpelihara,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.
 
Shafeeq yang lebih dikenali sebagai Badek, menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook untuk menarik sokongan anak muda menyertai gerakan #pickitup, selain laman web khusus sebagai ruang berkongsi tips mendaki serta pengalaman peribadi.
 
Kempen #pickitup dimulakan pada 2015 dan antara projek dilaksanakan ialah di Gunung Nuang, Selangor; Gunung Angsi, Negeri Sembilan; dan Gunung Tebu, Terengganu serta Air Terjun Bekelah, Pahang.
 
Aktiviti membabitkan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang mendaki sambil mengutip sampah.
 
Shafeeq berkata, kawasan tumpuan untuk aktiviti tidak terhad kepada gunung kerana turut ini diperluaskan di sekitar hutan, tasik, sungai dan pantai.
 
“Sejak kempen ini dimulakan, sebanyak 1,361 guni sampah dikutip dan sukarelawan kami turut menyertai misi Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS) bagi mencari mangsa yang sesat di kawasan pergunungan atau hutan.
 
“Tahun lalu, saya dan sepasukan sukarelawan menyertai MOSARS pihak berkuasa mengesan mangsa hilang di Bukit Saga, Ampang.
 
“Misi terbabit cukup mencabar dari segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca panas terik pada bulan puasa, sekali gus menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan,” katanya.
 
Pengalaman Syafeeq mendaki gunung sekal 12 tahun lalu bukan saja membentuk dirinya berfikiran terbuka terhadap cabaran, malah turut menjadi inspirasi kepada anak muda.
 
Justeru, beliau merancang mengadakan kelas panduan mendaki gunung dan aktiviti kesukarelawan pada masa depan demi manfaat penggemar aktiviti terbabit.

Tags:

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *