bukan sekadar Baju Hujan

Experience / Product / Tips

Admin
December 3, 2017

Share

bukan sekadar Baju Hujan

sekali disebut poncho, ada pelbagai jenis poncho yang mudah terlintas dalam kepala. daripada poncho yang berharga RM 2, poncho 7eleven, poncho askar, dan pelbagai lagi. untuk penulisan kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya membeli dan menggunakan poncho jenama Chanodug yang berharga RM 50. poncho ini sentiasa saya sediakan dan bawa ketika saya mendaki, tidak kira samada trip daypack santai, mahupun sebaliknya.

 

  1. Baju Pelindung Hujan
    • secara peribadi, saya tidak pernah memakai poncho ketika hujan semasa mendaki. mungkin kerana saya tidak selesa atau mungkin kerana barang-barang yang didalam beg, sudah saya balutkan dengan plastik dari awal ekspidisi (disiplin peribadi). maka, kebiasaannya saya redah sahaja ketika hujan waimah ada poncho. namun, ianya amat sesuai bagi mereka yang sensitif atau tidak biasa dalam keadaan basah.
  2. Pelindung Kesejukan
    • lebih kerap saya gunakan poncho ini adalah kerana ianya mampu mengepung haba badan dari bebas bertempiaran. biasanya, ini akan saya gunakan di kawasan yang sejuk ,di mana kita hendak menunggu orang belakang, atau pada tika kita sedang berehat sebentar. dengan poncho ini menggantikan windbreaker/jaket biasa (malas nak bawa banyak benda), dan mungkin ditambah dengan jenis badan saya yang sedikit (sedikit..hehe) berisi, maka poncho sebegini sudah memadai.
    • posisi biasa saya gunakan ketika ini adalah dalam keadaan duduk. supaya haba dari pada leher sehingga buku lali saya tidak terbuang dek angin yang melintang. sedikit sebanyak, mampui mengelakkan hipotermia yang sia-sia.
  3. Fly-Sheet
    • pernah terjadi apabila hammock saya bawa, tapi terlupa bawa flysheet. dan, pernah terjadi, pada satu ekspidisi, kekurangna flysheet. ya, memang ada bahagian berlubang di kepala. dengan adanya poncho ini, sekurangnya ia mampu memberikan kami tempat berteduh. jauh lebih baik dari menghadap langit yang terbuntang luas. sedikit sebanyak, membantu dalam mengelakkan terkena hujan dari atas, ataupun pembaziran haba dari bawah.
  4. Pintu Fly-Sheet
    • ada kalanya, angin yang datang adalah dari pintu flysheet. dan seringkali, kita akan mengelakkan dari membawa flysheet lebih demi mengurangkan beban dan tanggung jawab. dengan adanya poncho ini, saya pernah menjadikannya sebagai tirai di pintu flysheet. daripada sejuk menggigil sebaris, semuanya menjadi tenang dan suam-suam kuku. tidur yang selesa dan berkualiti, membantu menghasilkan pengalaman pendakian pada taraf emas!
  5. Ground sheet
    • tempat duduk. sekurang-kurangnya, apabila sampai di checkpoint yang agak menarik, bolehlah dibentangkan poncho ini untuk duduk bersama. seolah berkelah pada kadar sementara. namun, tidak digalakkan kerana perbuatan ini mengundang hakisan terhadap coating yang ada pada poncho tersebut. dimana, coating itulah yang bertanggung jawab dalam menghalang air dari menembusi.
    • tempat tidur. pernah terjadi dalam ekspiodisi dimana groundsheet yang dibawa adalah tidak mencukupi untuk dijadikan alas kepada semua kerana permukaan bumi berakar. namun, bernasib baik kearana ada yang membawa flysheet lebih. maka, saya bentangkan poncho ini sebagai pengganti groundsheet dan meletakkan carrymat diatasnya. kenapa masih membentangkan poncho sedangkan carrymat ada memadai? ini kerana sebagai langkah berjaga-jaga dari mahluk berbisa/berbahaya yang mampu menyamar/camouflage. sebagai contoh, kalau ada ular yang merayap di tepi, sekurangnya dengan groundsheet/poncho, kita boleh nampak perbezaan.
  6. Pembantu solat
    • sejadah. ini paling normal apabila mendaki. atas dasar keselamatan, keselesaan dan kemudahan berkongsi tempat berkiblat, poncho ini akan dikorbankan untuk menjadi sejadah.
    • telekung. pernah terjadi ada peserta yang ingin bersolat, tetapi pakaian dia sudah sedikit koyak. dan kebetulan, tertinggal telekung. maka, poncho digunakan sebagai pengganti telekung. rasanya, ok ja ni. yang saya pasti, dia akan rasa berwap di bawah poncho tersebut.  untuk mengetahui kesesuaian lebih lanjut, boleh rujuk mereka yang lebih arif.
    • kain pelikat. ada hari, seluar saya koyak. banyak kali sebenarnya. maka cara mudah, kita lilit poncho pengganti kain. selesai dengan mudah. sebab kain pelikat, sering sangat dilupa bawa.
  7. Selimut Kecemasan
    • ini sangat membantu apabila saya berjumpa situasi sejuk yang sebahagian orang tidak tahan, tidak kira di tapak perkhemahan ataupun di tengah trek. dengna mudah, poncho dicapai dan dibalut. kalau tiada apa-apa, boleh lah pakai seorang satu. namun, kalau perlu, saya pernah berkongsi 3 orang satu poncho dalam situasi ini. pada waktu itu, dirasakan ianya jauh lebih selesa berbanding emergency blanket kerana apabila bergerak-gerak,  tidak bising.
  8. Alas Penutup Ekspidisi
    • paling selalu lupa adalah plastik sampah untuk kereta! maka, dengan mudah, saya balut la beg dan pakaian saya di dalam poncho. mungkin saya tidak dapat elakkan bau peralatan tersebut. tapi sekurangnya, mampu memberikan kebersihan kepada tuan punya kereta. hehe

untuk gambaran yang lebih mudah, saya ni berberat badan 97kg, berketinggian 167cm. saya mendaki trip dan masa yang komersil. tidak menjalankan aktiviti kompress mahupun hardcore.

NOTA: penulisan di atas tidak melambangkan pegangan Core Republic. ianya adalah atas dasar perkongsian peribadi penulis.

Subscribe

Be the first to get the latest updates, right to your inbox.

Leave Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *